tie

Akh Razak Mohamed Lazim

Banyak sekali kajian yang telah membentangkan manfaat yang dapat IT dan teknologi berikan kepada proses pembelajaran. Merujuk kepada kes studi yang berjaya, jelas penggunaan IT dan teknologi dalam pembelajaran menghasilkan proses pembelajaran yang lebih efektif dan menarik, di samping meningkatkan lagi penglibatan dan minat pelajar terhadap kandungan yang diajar.

Walaubagaimanapun, usaha mencari kes studi yang berjaya di dalam penerapan IT dan teknologi dalam pembelajaran Bahasa Arab kurang berhasil. Malah, apa yang diketemui adalah kajian oleh Zawawi (2008, berdasarkan kajian di beberapa sekolah di Malaysia) yang mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di kelas sangat terhad.

Walaupun prasarana IT disediakan di setiap kelas bagi menggalak penerapan IT di dalam pembelajaran, itu saja tidak mencukupi untuk menjayakan usaha untuk membuat kelas lebih interaktif melalui IT.

Begitu juga dengan latihan teknikal pembangunan resos interaktif yang disediakan bagi guru, ianya tidak sepatutnya dijadikan pendekatan teras untuk memperbanyakkan resos Bahasa Arab interaktif bagi kegunaan sekolah.

Usaha pembangunan resos interaktif Bahasa Arab memerlukan lebih dari kemahiran asas “powerpoint”.Ianya memerlukan kedua-dua kemahiran di tahap “expert” di dalam menggunakan sofwe yang lebih canggih dari “powerpoint” dan juga kemahiran pembangunan resos kurikulum interaktif. Secara jujur, kedua-dua kemahiran ini adalah kemahiran khusus yang tidak dipunyai ramai.

Harapan yang diletakkan ke atas guru Bahasa Arab agar mereka sendiri membuat sumber interaktif tambahan adalah juga sesuatu yang kurang wajar. Secara umum, guru sendiri mengejar masa untuk mengatur strategi dan persiapan pembelajaran dan membuat penilaian pelajar. Masa yang sangat terhad tidak mengizinkan guru untuk melakukan inisiatif pembangunan sumber interaktif Bahasa Arab.

Strategi menggalakkan guru untuk menggunakan resos dari internet juga akan menemui jalan buntu. Ini kerana resos interaktif Bahasa Arab memang sangat terhad. Yang terhad itu pun tidak memenuhi keperluan kurikulum yang digunakan di sekolah.

Inilah realiti keadaan kurikulum Bahasa Arab sekarang yang kurang berkembang dengan perkembagan kurikulum subjek lain, yang siap dengan resos interaktif untuk guru, bahan mengajar tambahan yang lain dan sebagainya.

Dari itu, kami merumuskan bahawa sebab utama mengapa usaha untuk menerapkan teknologi dalam pembelajaran Bahasa Arab gagal adalah kerana ketandusan resos interaktif yang sedia ada yang boleh digunakan guru dengan mudah yang mendokong secara komprehensif kurikulum Bahasa Arab yang digunakan.

Inilah antara sebab utama kurikulum Bahasa Arab Fitrah Al-Arabiah lil-Mubtadiin menyiapkan secara komprehensif semua resos interaktif yang diperlukan guru untuk membuat pembelajaran Bahasa Arab lebih efektif dan menarik yang mampu untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam pembelajaran dan menjadikan Bahasa Arab sesuatu bahasa yang diminati pelajar.

Guru sekadar hanya perlu menayangkan “powerpoint” yang sudah disiapkan, mendendangkan video klip nasyid, memainkan kuiz interaktif, dan sebagainya. Semua resos interaktif ini tersedia bagi keseluruhan kurikulum tersebut. Peranan guru hanya tinggal menguasai kurikulum yang sememangnya “cutting-edge”dan “breakthrough” dan memartabatkan pengajaran Bahasa Arab ke tahap profesionalisma pendidikan yang lebih tinggi.

Insya Allah, kami yakin, prestasi Bahasa Arab pelajar akan meningkat dengan sangat ketara dengan penggunaan kurikulum ini secara komprehensif. Insya Allah, kami juga yakin, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab juga akan menjadi sesuatu yang lebih dinamik dan guru-gurunya lebih mahir dalam bidangnya.

Mari kita sama-sama memartabatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dengan kurikulum Fitrah Al-Arabiah lil-Mudtadiin.

Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *